Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-37

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَمَنْ اَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرٰى عَلَى اللّٰهِ كَذِبًا اَوْ كَذَّبَ بِاٰيٰتِهٖۗ اُولٰۤىِٕكَ يَنَالُهُمْ نَصِيْبُهُمْ مِّنَ الْكِتٰبِۗ حَتّٰٓى اِذَا جَاۤءَتْهُمْ رُسُلُنَا يَتَوَفَّوْنَهُمْۙ قَالُوْٓا اَيْنَ مَا كُنْتُمْ تَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ ۗقَالُوْا ضَلُّوْا عَنَّا وَشَهِدُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ اَنَّهُمْ كَانُوْا كٰفِرِيْنَ 37

Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang melakukan dusta terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Mereka akan mendapat bahagian mereka seperti yang telah ditentukan Allah di Lauh Mahfuz, hingga apabila datang kepada mereka para malaikat untuk mencabut nyawa mereka dan para malaikat bertanya, “Di manakah berhala-berhala yang biasa kamu sembah selain Allah.” Orang-orang musyrik itu menjawab, “Semuanya telah lenyap daripada kami.” Dan mereka memberikan kesaksian terhadap diri mereka sendiri bahawa mereka ialah orang-orang yang kafir.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)