Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-53

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

هَلْ يَنْظُرُوْنَ اِلَّا تَأْوِيْلَهٗۗ يَوْمَ يَأْتِيْ تَأْوِيْلُهٗ يَقُوْلُ الَّذِيْنَ نَسُوْهُ مِنْ قَبْلُ قَدْ جَاۤءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّۚ فَهَلْ لَّنَا مِنْ شُفَعَاۤءَ فَيَشْفَعُوْا لَنَآ اَوْ نُرَدُّ فَنَعْمَلَ غَيْرَ الَّذِيْ كُنَّا نَعْمَلُۗ قَدْ خَسِرُوْٓا اَنْفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَّا كَانُوْا يَفْتَرُوْنَ ࣖ 53

Tiada apa yang ditunggu-tunggu golongan kaftr kecuali kebenaran yang dinyatakan oleh al-Quran. Dan pada hari datangnya kebenaran al-Quran, berkatalah orang-orang yang telah melupakannya sebelum ini, “Sebenarnya para rasul yang diutuskan oleh Tuhan kami itu telah membawa kebenaran. Maka adakah kami boleh beroleh pemberi syafaat yang memberikan syafaatnya kepada kami atau adakah kami boleh dikembalikan semula ke dunia agar kami dapat melakukan amalan-amalan yang lain daripada amalan yang telah kami lakukan dahulu.” Mereka sebenarnya telah merugikan diri sendiri dan tuhan-tuhan yang diadaadakan mereka telah hilang lenyap daripada mereka.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)