وَلُوْطًا اِذْ قَالَ لِقَوْمِهٖٓ اَتَأْتُوْنَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ اَحَدٍ مِّنَ الْعٰلَمِيْنَ 80
Dan Kami juga telah mengutuskan Nabi Lut kepada kaumnya. Ketika dia berkata kepada kaumnya, “Mengapakah kamu melakukan perbuatan fahisyah; yang keji itu, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari umat manusia sebelum kamu.”