Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-85

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِلٰى مَدْيَنَ اَخَاهُمْ شُعَيْبًاۗ قَالَ يٰقَوْمِ اعْبُدُوا اللّٰهَ مَا لَكُمْ مِّنْ اِلٰهٍ غَيْرُهٗۗ قَدْ جَاۤءَتْكُمْ بَيِّنَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ فَاَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيْزَانَ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ اَشْيَاۤءَهُمْ وَلَا تُفْسِدُوْا فِى الْاَرْضِ بَعْدَ اِصْلَاحِهَاۗ ذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَۚ 85

Dan Kami telah utuskan kepada penduduk Madyan saudara mereka Nabi Syuaib. Dia berkata, “Wahai kaumku sembahlah Allah. Tiada Tuhan bagi kamu selain Allah. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata daripada Tuhanmu. Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan sukatan dan timbangan barang-barang manusia. Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menciptakannya dengan baik. ltulah yang lebih baik bagimu jika kamu orang yang beriman.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)