ثُمَّ بَدَّلْنَا مَكَانَ السَّيِّئَةِ الْحَسَنَةَ حَتّٰى عَفَوْا وَّقَالُوْا قَدْ مَسَّ اٰبَاۤءَنَا الضَّرَّاۤءُ وَالسَّرَّاۤءُ فَاَخَذْنٰهُمْ بَغْتَةً وَّهُمْ لَا يَشْعُرُوْنَ 95
Kemudian Kami gantikan penderitaan itu dengan kesenangan sehingga keturunan dan harta mereka bertambah banyak, lalu mereka berkata, “Sesungguhnya, nenek moyang kami dahulu telah merasai penderitaan dan kesenangan sebagaimana kami merasainya sekarang dan ini adalah perkara biasa. 11 Maka Kami timpakan azab terhadap mereka secara tiba-tiba tanpa disedari.