Tafsir Surah

71Nuh - نوح

Ayat ke-6

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَاۤءِيْٓ اِلَّا فِرَارًا 6

Tetapi semakin aku berdakwah, semakin mereka menjauhkan diri.

Tafsir Terjemahan

فِرَارًا dari sudut bahasa ialah lari. AI-Tabari menyatakan ia adalah membelakangi, melarikan diri dan berpaling. Beliau meriwayatkan daripada Qatadah yang menunjukkan betapa jauh kaum Nabi Nuh AS melarikan diri daripada seruan dakwah, seorang bapa akan mengajak anaknya pergi kepada Nuh AS lalu berkata kepada anaknya, berhati-hati jangan sampai orang ini menyelewengkanmu. Aku dahulu, bapaku mengajakku menemuinya ketika aku sepertimu. Dia memberi amaran kepadaku seperti mana aku memberi amaran kepadamu.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)