Tafsir Surah

72Al-Jinn - الجن

Ayat ke-1

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قُلْ اُوْحِيَ اِلَيَّ اَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوْٓا اِنَّا سَمِعْنَا قُرْاٰنًا عَجَبًاۙ1

. Katakanlah wahai Muhammad, “Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekelompok dalam kalangan jin telah mendengar bacaan al-Quran, lalu mereka berkata, “Sesungguhnya kami telah mendengar bacaan al-Quran yang sungguh menakjubkan.”

Tafsir Terjemahan

Objektif surah ini adalah penegasan bahawa al-Quran itu adalah daripada Allah SWT yang dibuat menerusi kisah segolongan jin yang telah beriman dengan al-Quran sejurus selepas mendengar ayat-ayatnya. Surah ini juga menjelaskan perihal golongan jin seterusnya membatalkan kepercayaan orang musyrikin terhadap golongan ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)