Tafsir Surah

72Al-Jinn - الجن

Ayat ke-14

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَّاَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُوْنَ وَمِنَّا الْقَاسِطُوْنَۗ فَمَنْ اَسْلَمَ فَاُولٰۤىِٕكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا 14

Dan bahawasanya terdapat dalam kalangan kami yang beragama Islam, dan terdapat pula dalam kalangan kami yang menyimpang daripada kebenaran. Sesiapa yang telah memeluk Islam dan mentaati Allah, maka mereka itulah golongan yang memilih jalan yang benar.

Tafsir Terjemahan

الْقَاسِطُونَ adalah jamak. Kata mufrad قَاسط berrnaksud orang yang menyimpang. AI-Baghawi menyebut mereka ialah jin yang menyimpang dan menyeleweng daripada kebenaran. lbn Abbas R.A berkata: Mereka adalah jin-jin yang menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah. AI-Sa'di berkata: Mereka adalah jin yang menyimpang yang menyeleweng daripada jalan yang lurus. AI-Qaisi al-Qairawani berkata: Jin yang menyimpang daripada petunjuk. AI-Wahidi berkata: الْقَاسِطُون jin-pn yang menyeleweng dan kufur dengan Tuhan mereka. AIBaidhawi berkata: Jin-jin yang menyimpang daripada jalan kebenaran iaitu iman dan ketaatan.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)