Surah

73Al-Muzzammil - المزّمّل

20 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

يٰٓاَيُّهَا الْمُزَّمِّلُۙ1

Wahai orang yang berselimut.

قُمِ الَّيْلَ اِلَّا قَلِيْلًاۙ2

Bangunlah bersolat pada malam hari, kecuali sedikit masa untuk berehat.

نِّصْفَهٗٓ اَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيْلًاۙ3

Separuh malam ataupun kurang sedikit dari separuh.

اَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْاٰنَ تَرْتِيْلًاۗ4

Ataupun lebih sedikit daripada separuh, dan bacalah al-Quran secara tartil.

اِنَّا سَنُلْقِيْ عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيْلًا5

Sesungguhnya Kami akan berikan kepada kamu kalam yang berat iaitu al-Quran.

اِنَّ نَاشِئَةَ الَّيْلِ هِيَ اَشَدُّ وَطْـًٔا وَّاَقْوَمُ قِيْلًاۗ6

Sesunguhnya bersolat pada waktu malam itu lebih kuat kesannya dan lebih tepat bacaannya.

اِنَّ لَكَ فِى النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيْلًاۗ7

Sesungguhnya pada waktu siang kamu menempuh waktu yang panjang untuk urusan-urusanmu.

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ اِلَيْهِ تَبْتِيْلًاۗ8

Berzikirlah dengan menyebut nama Tuhanmu dan tumpukanlah perhatian kepada-Nya sahaja.

رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيْلًا9

Dialah Tuhan sekalian timur dan barat; tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, berpautlah kepada-Nya sebagai pelindung.

وَاصْبِرْ عَلٰى مَا يَقُوْلُوْنَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيْلًا 10

Dan bersabarlah atas apa yang mereka katakan, dan tinggalkan mereka dengan cara yang baik.

وَذَرْنِيْ وَالْمُكَذِّبِيْنَ اُولِى النَّعْمَةِ وَمَهِّلْهُمْ قَلِيْلًا 11

Serahkan kepadaku golongan pendusta yang tenggelam dalam kemewahan itu, serta berikan tempoh masa kepada mereka.

اِنَّ لَدَيْنَآ اَنْكَالًا وَّجَحِيْمًاۙ12

Sesungguhnya kami memiliki rantairantai yang berat dan Neraka Jahim untuk mereka.

وَّطَعَامًا ذَا غُصَّةٍ وَّعَذَابًا اَلِيْمًا 13

Dan makanan yang mencekik kerongkong, serta azab yang amat pedih.

يَوْمَ تَرْجُفُ الْاَرْضُ وَالْجِبَالُ وَكَانَتِ الْجِبَالُ كَثِيْبًا مَّهِيْلًا 14

Apabila tiba hari di mana bumi dan gunung-ganang bergoncang, gunung-ganang pula lebur hingga menjadi timbunan pasir.

اِنَّآ اَرْسَلْنَآ اِلَيْكُمْ رَسُوْلًا ەۙ شَاهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَآ اَرْسَلْنَآ اِلٰى فِرْعَوْنَ رَسُوْلًا ۗ15

Kami utuskan seorang Rasul kepada kamu yang menjadi saksi terhadap kamu seperti mana Kami telah utuskan kepada Firaun seorang rasul.

فَعَصٰى فِرْعَوْنُ الرَّسُوْلَ فَاَخَذْنٰهُ اَخْذًا وَّبِيْلًاۚ16

Lalu Firaun telah ingkar arahan rasul Kami, lalu Kami azabkannya dengan azab yang berat.

فَكَيْفَ تَتَّقُوْنَ اِنْ كَفَرْتُمْ يَوْمًا يَّجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيْبًاۖ17

Jika kamu kufur, bagaimana kamu ingin menyelamatkan diri pada hari kanak-kanak jadi beruban kerana kedahsyatannya.

ۨالسَّمَاۤءُ مُنْفَطِرٌۢ بِهٖۗ كَانَ وَعْدُهٗ مَفْعُوْلًا18

Langit menjadi terbelah kerana kedahsyatan hari itu. Janji Allah tetap pasti terlaksana.

اِنَّ هٰذِهٖ تَذْكِرَةٌ ۚ فَمَنْ شَاۤءَ اتَّخَذَ اِلٰى رَبِّهٖ سَبِيْلًا ࣖ 19

Sesungguhnya ini ialah peringatan! Sesiapa yang ingin selamat, tentu dia memilih jalan yang membawa dia kembali kepada Tuhannya.

۞ اِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ اَنَّكَ تَقُوْمُ اَدْنٰى مِنْ ثُلُثَيِ الَّيْلِ وَنِصْفَهٗ وَثُلُثَهٗ وَطَاۤىِٕفَةٌ مِّنَ الَّذِيْنَ مَعَكَۗ وَاللّٰهُ يُقَدِّرُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَۗ عَلِمَ اَنْ لَّنْ تُحْصُوْهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ فَاقْرَءُوْا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْاٰنِۗ عَلِمَ اَنْ سَيَكُوْنُ مِنْكُمْ مَّرْضٰىۙ وَاٰخَرُوْنَ يَضْرِبُوْنَ فِى الْاَرْضِ يَبْتَغُوْنَ مِنْ فَضْلِ اللّٰهِ ۙوَاٰخَرُوْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۖفَاقْرَءُوْا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُۙ وَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَ وَاَقْرِضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًاۗ وَمَا تُقَدِّمُوْا لِاَنْفُسِكُمْ مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللّٰهِ ۙهُوَ خَيْرًا وَّاَعْظَمَ اَجْرًاۗ وَاسْتَغْفِرُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ ࣖ 20

Sesungguhnya T uhanmu mengetahui bahawa kamu bangun kurang dari dua pertiga malam, setengah daripadanya atau sepertiga malam, dan begitu juga sekelompok dalam kalangan mereka yang bangun bersamamu untuk menunaikan perintah yang terdahulu. Allah yang menghitung malam dan siang dengan tepat. Allah mengetahui kamu tidak dapat menghitungnya dengan tepat, lalu Dia kembali memberikan keringanan terhadap kamu. Maka bacalah al-Quran sekadar kemampuan kamu. Allah juga mengetahui keadaan kamu; terdapat yang sakit, yang kepenatan mencari rezeki dan yang berjuang di jalan Allah. Maka dengan itu, bacalah sekadar yang mampu daripadanya. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta berilah pinjaman kepada Allah dengan baik dan ikhlas. Apa jua yang kamu usahakan untuk diri kamu daripada amal kebaikan nescaya kamu akan dapati balasannya di sisi Allah, itulah yang lebih baik dan besar ganjarannya. Mohonlah keampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.