Tafsir Surah

74Al-Muddassir - المدّثّر

Ayat ke-31

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَمَا جَعَلْنَآ اَصْحٰبَ النَّارِ اِلَّا مَلٰۤىِٕكَةً ۖوَّمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ اِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِيْنَ كَفَرُوْاۙ لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ وَيَزْدَادَ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِيْمَانًا وَّلَا يَرْتَابَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ وَالْمُؤْمِنُوْنَۙ وَلِيَقُوْلَ الَّذِيْنَ فِيْ قُلُوْبِهِمْ مَّرَضٌ وَّالْكٰفِرُوْنَ مَاذَآ اَرَادَ اللّٰهُ بِهٰذَا مَثَلًاۗ كَذٰلِكَ يُضِلُّ اللّٰهُ مَنْ يَّشَاۤءُ وَيَهْدِيْ مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَمَا يَعْلَمُ جُنُوْدَ رَبِّكَ اِلَّا هُوَۗ وَمَا هِيَ اِلَّا ذِكْرٰى لِلْبَشَرِ ࣖ31

Kami tidak jadikan penjaga neraka kecuali dalam kalangan malaikat, dan Kami jadikan bilangan itu sebagai ujian bagi orang kafir juga, supaya golongan ahli kitab menjadi yakin dengan kebenaran al-Quran dan orang beriman pula bertambah keimanan mereka. Manakala golongan ahli kitab dan orang beriman tidak meragui sama sekali. Adapun orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang kafir, mereka berkata, “Apakah yang Allah kehendaki di sebalik bilangan ini?” Demikianlah Allah menyesatkan siapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tiada yang mengetahui bala tentera Tuhanmu melainkan Dia. Dan Neraka Saqar itu tidak lain hanyalah merupakan peringatan bagi sekalian manusia.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)