Surah

77Al-Mursalat - المرسلٰت

50 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالْمُرْسَلٰتِ عُرْفًاۙ1

Demi angin yang bertiupan.

فَالْعٰصِفٰتِ عَصْفًاۙ2

Dan angin ribut yang kencang.

وَّالنّٰشِرٰتِ نَشْرًاۙ3

Dan angin yang membawa hujan.

فَالْفٰرِقٰتِ فَرْقًاۙ4

Demi malaikat yang menurunkan perkara yang memisahkan antara hak dan batil.

فَالْمُلْقِيٰتِ ذِكْرًاۙ5

Demi malaikat yang menurunkan wahyu.

عُذْرًا اَوْ نُذْرًاۙ6

Yang menegakkan hujah dan memberi peringatan.

اِنَّمَا تُوْعَدُوْنَ لَوَاقِعٌۗ7

Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu itu pasti terjadi.

فَاِذَا النُّجُوْمُ طُمِسَتْۙ8

Tatkala bintang-bintang telah lenyap cahayanya dan hilang daripada pandangan.

وَاِذَا السَّمَاۤءُ فُرِجَتْۙ9

Dan tatkala langit terbelah.

وَاِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْۙ10

Dan gunung-ganang hancur lebur.

وَاِذَا الرُّسُلُ اُقِّتَتْۗ11

Dan apabila para rasul dihimpunkan pada waktu yang ditetapkan.

لِاَيِّ يَوْمٍ اُجِّلَتْۗ12

Nescaya dikatakan kepada mereka, “Untuk hari apakah azab orang kafir itu ditangguhkan?”

لِيَوْمِ الْفَصْلِۚ13

Untuk hari penghakiman.

وَمَآ اَدْرٰىكَ مَا يَوْمُ الْفَصْلِۗ14

Adakah kamu tahu apakah itu hari penghakiman.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 15

Celakalah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakannya.

اَلَمْ نُهْلِكِ الْاَوَّلِيْنَۗ16

Bukankah Kami telah binasakan golongan yang terdahulu daripada mereka.

ثُمَّ نُتْبِعُهُمُ الْاٰخِرِيْنَ 17

Setelah itu Kami azab pula golongan-golongan yang terkemudian daripada mereka.

كَذٰلِكَ نَفْعَلُ بِالْمُجْرِمِيْنَ 18

Begitulah Kami juga akan binasakan orang yang berdosa itu.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 19

Nescaya celakalah pada hari itu bagi orang yang mendustakannya.

اَلَمْ نَخْلُقْكُّمْ مِّنْ مَّاۤءٍ مَّهِيْنٍۙ20

Bukankah Kami telah menciptakan kamu daripada setitis air yang hina dan lemah.

فَجَعَلْنٰهُ فِيْ قَرَارٍ مَّكِيْنٍ21

Lalu Kami jadikannya di tempat yang kukuh dan terpelihara.

اِلٰى قَدَرٍ مَّعْلُوْمٍۙ22

Hingga sampai pada waktu yang ditetapkan.

فَقَدَرْنَاۖ فَنِعْمَ الْقٰدِرُوْنَ 23

Lalu Kami tentukan takdirnya, Kamilah sebaik-baik yang menentukan takdirnya.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 24

Celakalah pada hari itu bagi orang yang mendustakannya.

اَلَمْ نَجْعَلِ الْاَرْضَ كِفَاتًاۙ25

Bukankah Kami telah jadikan bumi itu boleh menampung semua manusia.

اَحْيَاۤءً وَّاَمْوَاتًاۙ26

Semua yang hidup dan mati.

وَّجَعَلْنَا فِيْهَا رَوَاسِيَ شٰمِخٰتٍ وَّاَسْقَيْنٰكُمْ مَّاۤءً فُرَاتًاۗ27

Dan kami jadikan padanya gunungganang yang tinggi, serta Kami beri minum kepada kamu daripada air tawar.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 28

Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakannya.

اِنْطَلِقُوْٓا اِلٰى مَا كُنْتُمْ بِهٖ تُكَذِّبُوْنَۚ29

Pergilah kamu kepada apa yang telah kamu dustakan dahulu.

اِنْطَلِقُوْٓا اِلٰى ظِلٍّ ذِيْ ثَلٰثِ شُعَبٍ 30

Pergilah kepada neraka yang naungannya adalah daripada asap yang mempunyai tiga cabang.

لَا ظَلِيْلٍ وَّلَا يُغْنِيْ مِنَ اللَّهَبِۗ31

Tidak memayungi dan tidak pula melindungi nyalaan api neraka.

اِنَّهَا تَرْمِيْ بِشَرَرٍ كَالْقَصْرِۚ32

Sesungguhnya neraka itu menyemburkan percikan api yang tinggi menjulang seperti istana.

كَاَنَّهٗ جِمٰلَتٌ صُفْرٌۗ33

Kelihatan seperti rombongan unta berwarna kuning kehitaman.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 34

Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakannya.

هٰذَا يَوْمُ لَا يَنْطِقُوْنَۙ35

Hari ini mereka tidak dapat lagi berkata-kata.

وَلَا يُؤْذَنُ لَهُمْ فَيَعْتَذِرُوْنَ 36

Serta tidak diizinkan kepada mereka untuk bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 37

Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakannya.

هٰذَا يَوْمُ الْفَصْلِ جَمَعْنٰكُمْ وَالْاَوَّلِيْنَ 38

lnilah hari penghakiman, Kami himpunkan kamu serta mereka yang sebelum kamu bersama-sama.

فَاِنْ كَانَ لَكُمْ كَيْدٌ فَكِيْدُوْنِ 39

Jika kamu memiliki rancangan untuk mengelak daripada azab, maka silalah merancang.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ ࣖ 40

Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakannya.

اِنَّ الْمُتَّقِيْنَ فِيْ ظِلٰلٍ وَّعُيُوْنٍۙ41

Sesungguhnya orang yang beriman berada dalam tempat-tempat yang teduh dan mata air yang pelbagai jenis.

وَّفَوَاكِهَ مِمَّا يَشْتَهُوْنَۗ42

Dan buah-buahan yang mereka ingini.

كُلُوْا وَاشْرَبُوْا هَنِيْۤـًٔا ۢبِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ 43

Makan dan minumlah dengan enak; semua itu balasan terhadap segala amalan kamu.

اِنَّا كَذٰلِكَ نَجْزِى الْمُحْسِنِيْنَ 44

Sesungguhnya demikianlah Kami memberi ganjaran kepada orang yang ihsan dalam mengerjakan amalan.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 45

Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakannya.

كُلُوْا وَتَمَتَّعُوْا قَلِيْلًا اِنَّكُمْ مُّجْرِمُوْنَ 46

Makan dan bersuka rialah sementara di dunia, sesungguhnya kamu ialah golongan yang berdosa.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 47

Celakalah pada hari itu bagi golongan yang mendustakannya.

وَاِذَا قِيْلَ لَهُمُ ارْكَعُوْا لَا يَرْكَعُوْنَ 48

Apabila disuruh mengerjakan solat, mereka enggan mengerjakan solat.

وَيْلٌ يَّوْمَىِٕذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 49

Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakannya.

فَبِاَيِّ حَدِيْثٍۢ بَعْدَهٗ يُؤْمِنُوْنَ ࣖ ۔50

Maka, dengan kalam yang manakah lagi mereka ingin percaya selain daripada al-Quran.