يَسْـَٔلُوْنَكَ عَنِ الْاَنْفَالِۗ قُلِ الْاَنْفَالُ لِلّٰهِ وَالرَّسُوْلِۚ فَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاَصْلِحُوْا ذَاتَ بَيْنِكُمْ ۖوَاَطِيْعُوا اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗٓ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَ1
Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang harta rampasan perang. Katakanlah, “Harta rampasan perang itu terserah kepada Allah dan Rasul-Nya untuk menentukan pembahagiannya. Oleh itu, bertakwalah kamu wahai orang yang beriman kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika benar kamu orang yang beriman.”