فَلَمْ تَقْتُلُوْهُمْ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ قَتَلَهُمْۖ وَمَا رَمَيْتَ اِذْ رَمَيْتَ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ رَمٰىۚ وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِيْنَ مِنْهُ بَلَاۤءً حَسَنًاۗ اِنَّ اللّٰهَ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ17
Sebenarnya wahai orang yang beriman! Bukan kamu yang membunuh golongan kafir musyrik, tetapi Allah yang telah membunuh mereka. Dan begitu juga wahai Muhammad! Bukan engkau yang melempar tanah ketika engkau mahu membinasakan mereka, tetapi sebenarnya Allah yang melempar; ini bertujuan untuk menguji orang beriman dengan nikmat yang baik iaitu kemenangan ke atas golongan musyrik agar mereka bersyukur kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.