Tafsir Surah

8Al-Anfal - الانفال

Ayat ke-42

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِذْ اَنْتُمْ بِالْعُدْوَةِ الدُّنْيَا وَهُمْ بِالْعُدْوَةِ الْقُصْوٰى وَالرَّكْبُ اَسْفَلَ مِنْكُمْۗ وَلَوْ تَوَاعَدْتُّمْ لَاخْتَلَفْتُمْ فِى الْمِيْعٰدِۙ وَلٰكِنْ لِّيَقْضِيَ اللّٰهُ اَمْرًا كَانَ مَفْعُوْلًا ەۙ لِّيَهْلِكَ مَنْ هَلَكَ عَنْۢ بَيِّنَةٍ وَّيَحْيٰى مَنْ حَيَّ عَنْۢ بَيِّنَةٍۗ وَاِنَّ اللّٰهَ لَسَمِيْعٌ عَلِيْمٌۙ42

Dan ingatlah ketika kamu berada di tepi lembah yang lebih dekat dengan Madinah dan pihak musuh berada di tepi lembah yang lebih jauh dari Madinah, manakala kafilah dagangan berada di bahagian selatan dari tempat kamu berada. Dan kalau kamu saling berjanji dengan orang kafir untuk berperang, maka kamu akan berselisih pendapat untuk menentukan hari peperangan. Tetapi pertembungan yang tidak dijangka itu berlaku kerana Allah hendak melaksanakan perkara yang telah ditetapkan-Nya, iaitu supaya orang kafir yang binasa itu, binasa dengan keterangan yang membuktikan kesalahannya dan supaya orang Islam terus hidup dengan keterangan yang membuktikan kebenarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)