وَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْۗ لَوْاَنْفَقْتَ مَا فِى الْاَرْضِ جَمِيْعًا مَّآ اَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ اَلَّفَ بَيْنَهُمْۗ اِنَّهٗ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ 63
Dan Dialah juga yang telah menyatupadukan antara hati mereka yang beriman. Sekiranya kamu Muhammad membelanjakan segala harta benda yang berada di bumi, maka kamu tidak akan mampu juga untuk menyatukan antara hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan antara hati mereka atas dasar keimanan. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.