يٰٓاَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِيْنَ عَلَى الْقِتَالِۗ اِنْ يَّكُنْ مِّنْكُمْ عِشْرُوْنَ صَابِرُوْنَ يَغْلِبُوْا مِائَتَيْنِۚ وَاِنْ يَّكُنْ مِّنْكُمْ مِّائَةٌ يَّغْلِبُوْٓا اَلْفًا مِّنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا بِاَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُوْنَ 65
Wahai Nabi! Kobarkanlah semangat orang yang beriman supaya bangkit berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar dalam kalangan kamu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus musuh. Jika ada seratus pula orang yang sabar dalam kalangan kamu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan seribu orang kafir; hal yang demikian itu adalah kerana orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.