اَلْـٰٔنَ خَفَّفَ اللّٰهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ اَنَّ فِيْكُمْ ضَعْفًاۗ فَاِنْ يَّكُنْ مِّنْكُمْ مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَّغْلِبُوْا مِائَتَيْنِۚ وَاِنْ يَّكُنْ مِّنْكُمْ اَلْفٌ يَّغْلِبُوْٓا اَلْفَيْنِ بِاِذْنِ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ مَعَ الصّٰبِرِيْنَ 66
Sekarang Allah telah memberi keringanan kepada kamu dan mengetahui kelemahan yang ada pada kamu. Oleh itu, jika terdapat dalam kalangan kamu seratus pejuang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus musuh; dan jika terdapat pula dalam kalangan kamu seribu pejuang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu musuh dengan izin Allah. Dan ingatlah, Allah bersama golongan yang sabar.