اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَهَاجَرُوْا وَجَاهَدُوْا بِاَمْوَالِهِمْ وَاَنْفُسِهِمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَالَّذِيْنَ اٰوَوْا وَّنَصَرُوْٓا اُولٰۤىِٕكَ بَعْضُهُمْ اَوْلِيَاۤءُ بَعْضٍۗ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَلَمْ يُهَاجِرُوْا مَا لَكُمْ مِّنْ وَّلَايَتِهِمْ مِّنْ شَيْءٍ حَتّٰى يُهَاجِرُوْاۚ وَاِنِ اسْتَنْصَرُوْكُمْ فِى الدِّيْنِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ اِلَّا عَلٰى قَوْمٍۢ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِّيْثَاقٌۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ72
Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah dan juga orang Ansar yang memberi tempat kediaman dan pertolongan kepada golongan yang berhijrah itu, mereka saling melindungi antara satu sama lain. Manakala golongan yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka kamu tidak sedikit pun bertanggungjawab untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Namun, jika mereka meminta pertolongan atas dasar agama untuk menentang kaum yang zalim, maka wajiblah kamu menolong mereka; kecuali dalam urusan menentang kaum yang telah ada perjanjian damai antara kamu dengan mereka. lngatlah, Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.