وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَهَاجَرُوْا وَجَاهَدُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَالَّذِيْنَ اٰوَوْا وَّنَصَرُوْٓا اُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ حَقًّاۗ لَهُمْ مَّغْفِرَةٌ وَّرِزْقٌ كَرِيْمٌ 74
Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan orang-orang Ansar yang memberi tempat kediaman dan pertolongan kepada kumpulan yang berhijrah itu, merekalah golongan yang benar-benar beriman. Dan mereka beroleh keampunan dan kurniaan yang mulia.