Tafsir Surah

80'Abasa - عبس

Ayat ke-1

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

عَبَسَ وَتَوَلّٰىٓۙ1

Dia berkerut dahi memasamkan muka dan berpaling.

Tafsir Terjemahan

Surah ini menyebut tentang hakikat dakwah dan kemuliaan orang yang mengambil manfaat daripadanya serta kehinaan orang yang berpaling daripadanya. la mempunyai objektif mendidik jiwa manusia dalam berdakwah serta mengukuhkan keimanan tentang hari akhirat. Antara lain isi kandungannya turut menceritakan bagaimana dahsyatnya hari kiamat sehingga manusia tidak peduli antara satu sama lain dan perbezaan keadaan orang kafir dan orang beriman.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)