Surah

82Al-Infitar - الانفطار

19 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اِذَا السَّمَاۤءُ انْفَطَرَتْۙ1

Apabila langit terbelah.

وَاِذَا الْكَوَاكِبُ انْتَثَرَتْۙ2

Apabila bintang-bintang jatuh bertaburan.

وَاِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْۙ3

Apabila lautan-lautan dipecahkan.

وَاِذَا الْقُبُوْرُ بُعْثِرَتْۙ4

Apabila kubur-kubur dibongkar.

عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَاَخَّرَتْۗ5

Ketika itu manusia tahu apa yang telah dilakukan dan apa yang dilalaikannya.

يٰٓاَيُّهَا الْاِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيْمِۙ6

Wahai manusial Apa yang menyebabkan engkau terpedaya lalu ingkar terhadap Tuhanmu Yang Maha Mulia.

الَّذِيْ خَلَقَكَ فَسَوّٰىكَ فَعَدَلَكَۙ7

Tuhan yang menciptakanmu lalu Dia menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan kejadianmu seimbang.

فِيْٓ اَيِّ صُوْرَةٍ مَّا شَاۤءَ رَكَّبَكَۗ8

Dia menyusun kejadianmu dalam apa jua bentuk dan rupa yang Dia kehendaki.

كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُوْنَ بِالدِّيْنِۙ9

Tidak sama sekali sepertimana kalian terpedaya. Bahkan sebenarnya kalian mengingkari adanya hari pembalasan.

وَاِنَّ عَلَيْكُمْ لَحٰفِظِيْنَۙ10

Sesungguhnya terdapat yang dipertanggungjawabkan untuk malaikatmalaikat yang mengawasi setiap tindaktanduk kalian.

كِرَامًا كَاتِبِيْنَۙ11

Malaikat-malaikat pencatat amalan yang mulia di sisi Allah.

يَعْلَمُوْنَ مَا تَفْعَلُوْنَ12

Mereka mengetahui apa yang kalian lakukan.

اِنَّ الْاَبْرَارَ لَفِيْ نَعِيْمٍۙ13

Sesungguhnya orang-orang yang taat dan banyak kebaikannya berada dalam kenikrnatan.

وَّاِنَّ الْفُجَّارَ لَفِيْ جَحِيْمٍ14

Dan sesungguhnya orang-orang yang jahat pula berada dalam bakaran neraka.

يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ الدِّيْنِ15

Mereka dimasukkan ke dalamnya pada hari pembalasan.

وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَاۤىِٕبِيْنَۗ16

Mereka tidak akan dapat keluar daripada azab tersebut.

وَمَآ اَدْرٰىكَ مَا يَوْمُ الدِّيْنِۙ17

Adakah engkau tahu apa itu hari pembalasan?

ثُمَّ مَآ اَدْرٰىكَ مَا يَوْمُ الدِّيْنِۗ18

Kemudian sekali lagi, adakah engkau tahu apa itu hari pembalasan?

يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْـًٔا ۗوَالْاَمْرُ يَوْمَىِٕذٍ لِّلّٰهِ ࣖ19

la hari di mana satu jiwa tidak dapat memberi manfaat sedikit pun kepada jiwa yang lain. Setiap urusan pada hari itu semuanya terserah kepada Allah.