Surah

84Al-Insyiqaq - الانشقاق

25 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اِذَا السَّمَاۤءُ انْشَقَّتْۙ 1

Apabila langit terbelah.

وَاَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْۙ 2

la patuh kepada perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia mematuhinya.

وَاِذَا الْاَرْضُ مُدَّتْۙ 3

Apabila bumi dibentangkan seluasluasnya.

وَاَلْقَتْ مَا فِيْهَا وَتَخَلَّتْۙ 4

la mengeluarkan apa yang dikandungnya dan menjadi kosong.

وَاَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْۗ 5

la mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia perlu mematuhinya.

يٰٓاَيُّهَا الْاِنْسَانُ اِنَّكَ كَادِحٌ اِلٰى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلٰقِيْهِۚ 6

Wahai manusial Sesungguhnya engkau sentiasa berkerja keras menuju Tuhanmu dengan penat-lelah, maka engkau pasti menemui-Nya.

فَاَمَّا مَنْ اُوْتِيَ كِتٰبَهٗ بِيَمِيْنِهٖۙ 7

Sesiapa yang diberi kitab amalannya, lalu diambilnya dengan tangan kanannya.

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَّسِيْرًاۙ 8

Maka dia akan dinilai amalannya dengan hisab penilaian yang mudah.

وَّيَنْقَلِبُ اِلٰٓى اَهْلِهٖ مَسْرُوْرًاۗ 9

Dia akan kembali ke pangkuan keluarganya dengan gembira.

وَاَمَّا مَنْ اُوْتِيَ كِتٰبَهٗ وَرَاۤءَ ظَهْرِهٖۙ 10

Adapun sesiapa yang diberi kitab amalannya, lalu diambilnya dari sebelah belakangnya.

فَسَوْفَ يَدْعُوْ ثُبُوْرًاۙ 11

Maka dia akan meminta agar dirinya dibinasakan.

وَّيَصْلٰى سَعِيْرًاۗ 12

Dia akan merasai bahang neraka yang menyala-nyala.

اِنَّهٗ كَانَ فِيْٓ اَهْلِهٖ مَسْرُوْرًاۗ 13

Sesungguhnya dia dahulunya gembira bersama keluarganya.

اِنَّهٗ ظَنَّ اَنْ لَّنْ يَّحُوْرَ ۛ 14

Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak akan hidup selepas mati.

بَلٰىۛ اِنَّ رَبَّهٗ كَانَ بِهٖ بَصِيْرًاۗ 15

Bahkan sebaliknya. Sesungguhnya Tuhannya Maha Melihat kepadanya.

فَلَآ اُقْسِمُ بِالشَّفَقِۙ 16

Aku bersumpah dengan cahaya merah pada waktu senja.

وَالَّيْلِ وَمَا وَسَقَۙ 17

Juga dengan malam dan apa yang terhimpun padanya.

وَالْقَمَرِ اِذَا اتَّسَقَۙ 18

Juga dengan bulan yang membesar sedikit demi sedikit sehingga menjadi purnama.

لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَنْ طَبَقٍۗ 19

Kalian akan melalui proses kehidupan kalian peringkat demi peringkat.

فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُوْنَۙ 20

Maka mengapa mereka tidak mahu beriman.

وَاِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْاٰنُ لَا يَسْجُدُوْنَ ۗ ۩ 21

Mengapa apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka tidak sujud.

بَلِ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا يُكَذِّبُوْنَۖ 22

Sebenarnya orang kafir itu dalam pendustaan terhadap apa yang dibawa oleh Rasul.

وَاللّٰهُ اَعْلَمُ بِمَا يُوْعُوْنَۖ 23

Allah lebih mengetahui apa yang tersimpan dalam hati-hati mereka.

فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ اَلِيْمٍۙ 24

Maka, gembirakanlah mereka wahai Muhammad dengan azab yang pedih.

اِلَّا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَهُمْ اَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُوْنٍ ࣖ 25

Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka ganjaran yang tidak terputus.