Surah

86At-Tariq - الطارق

17 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالسَّمَاۤءِ وَالطَّارِقِۙ 1

1. Demi langit dan bintang yang muncul pada malam hari.

وَمَآ اَدْرٰىكَ مَا الطَّارِقُۙ 2

Adakah engkau tahu apa yang datang di langit pada malam hari.

النَّجْمُ الثَّاقِبُۙ 3

la adalah bintang yang menembus kegelapan malam dengan cahayanya.

اِنْ كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌۗ 4

Setiap jiwa itu ada malaikat yang dipertanggungjawab mengawasinya.

فَلْيَنْظُرِ الْاِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ 5

Maka hendaklah seseorang itu melihat daripada apa dia diciptakan.

خُلِقَ مِنْ مَّاۤءٍ دَافِقٍۙ 6

Dia diciptakan daripada air yang memancut ke dalam rahim.

يَّخْرُجُ مِنْۢ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَاۤىِٕبِۗ 7

Air yang keluar daripada bahagian tulang sulbi belakang lelaki dan tulang dada perempuan.

اِنَّهٗ عَلٰى رَجْعِهٖ لَقَادِرٌۗ 8

Sesungguhnya Allah berkuasa menghidupkan semula manusia.

يَوْمَ تُبْلَى السَّرَاۤىِٕرُۙ 9

Pada hari didedahkan rahsia-rahsia.

فَمَا لَهٗ مِنْ قُوَّةٍ وَّلَا نَاصِرٍۗ 10

Tiada bagi seseorang itu sebarang kekuatan mahupun penolong yang mampu menyelamatkannya.

وَالسَّمَاۤءِ ذَاتِ الرَّجْعِۙ 11

Demi langit yang menurunkan hujan.

وَالْاَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِۙ 12

Demi bumi yang mengeluarkan tumbuhan.

اِنَّهٗ لَقَوْلٌ فَصْلٌۙ 13

Sesungguhnya al-Quran itu kata pemisah antara kebenaran dan kebatilan.

وَّمَا هُوَ بِالْهَزْلِۗ 14

la bukanlah bahan gurauan.

اِنَّهُمْ يَكِيْدُوْنَ كَيْدًاۙ 15

Sesungguhnya mereka merancang tipu daya yang jahat.

وَّاَكِيْدُ كَيْدًاۖ 16

Aku juga merancang tipu daya.

فَمَهِّلِ الْكٰفِرِيْنَ اَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا ࣖ 17

Maka, berilah peluang kepada orang kafir wahai Muhammad. Tangguhkan kepada mereka sedikit masa sebelum diazab.