Surah

87Al-A'la - الاعلى

19 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْاَعْلَىۙ 1

Bertasbihlah menyucikan Allah Yang Maha Tinggi.

الَّذِيْ خَلَقَ فَسَوّٰىۖ 2

Allah yang mencipta dan menyempurnakan ciptaan-Nya.

وَالَّذِيْ قَدَّرَ فَهَدٰىۖ 3

Allah yang menentukan takdir-takdir lalu kemudian Dia memberi petunjuk kepada makhluk-makhluk ke arah kejayaan.

وَالَّذِيْٓ اَخْرَجَ الْمَرْعٰىۖ 4

Allah yang mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan sebagai makanan binatang-binatang ternakan.

فَجَعَلَهٗ غُثَاۤءً اَحْوٰىۖ 5

Kemudian Dia menjadikan tumbuhan itu kering kehitaman.

سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنْسٰىٓ ۖ 6

Kami akan sentiasa membacakan kepadamu al-Quran, agar engkau tidak akan lupa.

اِلَّا مَا شَاۤءَ اللّٰهُ ۗاِنَّهٗ يَعْلَمُ الْجَهْرَ وَمَا يَخْفٰىۗ 7

Melainkan apa yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Dia mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرٰىۖ 8

Kami akan memudahkan urusanmu dalam menyampaikan syariat agama.

فَذَكِّرْ اِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰىۗ 9

Berilah peringatan kerana ia bermanfaat.

سَيَذَّكَّرُ مَنْ يَّخْشٰىۙ 10

Peringataan itu akan didengar oleh orang yang takutkan Tuhannya.

وَيَتَجَنَّبُهَا الْاَشْقَىۙ 11

Sebaliknya orang yang celaka menjauhi peringatan tersebut.

الَّذِيْ يَصْلَى النَّارَ الْكُبْرٰىۚ 12

laitu orang yang dimasukkan ke dalam api neraka yang besar.

ثُمَّ لَا يَمُوْتُ فِيْهَا وَلَا يَحْيٰىۗ 13

Kemudian di dalamnya, dia menjadi orang yang tidak mati dan tidak pula hidup.

قَدْ اَفْلَحَ مَنْ تَزَكّٰىۙ 14

Sesungguhnya telah berjaya orang yang menyucikan dirinya.

وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهٖ فَصَلّٰىۗ 15

Dia mengingati dan menyebut nama Tuhannya lalu dia solat.

بَلْ تُؤْثِرُوْنَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَاۖ 16

Tetapi kalian mengutamakan kehidupan dunia.

وَالْاٰخِرَةُ خَيْرٌ وَّاَبْقٰىۗ 17

Sedangkan akhirat itu lebih baik dan kekal.

اِنَّ هٰذَا لَفِى الصُّحُفِ الْاُوْلٰىۙ 18

Sesungguhnya perkara ini sudah ada dalam lembaran-lembaran awal.

صُحُفِ اِبْرٰهِيْمَ وَمُوْسٰى ࣖ 19

Lembaran-lembaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.