وَاٰخَرُوْنَ اعْتَرَفُوْا بِذُنُوْبِهِمْ خَلَطُوْا عَمَلًا صَالِحًا وَّاٰخَرَ سَيِّئًاۗ عَسَى اللّٰهُ اَنْ يَّتُوْبَ عَلَيْهِمْۗ اِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ 102
Dan ada pula golongan lain dalam kalangan penduduk Madinah yang tidak ikut berperang mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampurkan amalan yang baik dengan yang jahat. Semoga Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.