وَالَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَّكُفْرًا وَّتَفْرِيْقًاۢ بَيْنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَاِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ مِنْ قَبْلُ ۗوَلَيَحْلِفُنَّ اِنْ اَرَدْنَآ اِلَّا الْحُسْنٰىۗ وَاللّٰهُ يَشْهَدُ اِنَّهُمْ لَكٰذِبُوْنَ 107
Terdapat golongan munafik yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan, menggalakkan kekufuran dan memecah-belahkan orang beriman, juga sebagai markas intipan bagi mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum ini. Dan sesungguhnya mereka akan bersumpah, “Tujuan kami tidak lain kecuali hanya untuk kebaikan sematamata.” Sedangkan Allah menyaksikan bahawa mereka sebenarnya ialah para pembohong.