Tafsir Surah

9At-Taubah - التوبة

Ayat ke-109

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَفَمَنْ اَسَّسَ بُنْيَانَهٗ عَلٰى تَقْوٰى مِنَ اللّٰهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ اَمْ مَّنْ اَسَّسَ بُنْيَانَهٗ عَلٰى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهٖ فِيْ نَارِ جَهَنَّمَۗ وَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَ 109

Maka apakah orang yang mendirikan bangunan masjid atas dasar takwa dan keredhaan Allah itu lebih baik, atau orang yang mendirikannya di tepi jurang yang hampir runtuh, lalu ia runtuh bersama bangunan itu ke dalam api Neraka Jahannam? Dan ingatlah Allah tidak memberikan hidayah kepada golongan yang melakukan kezaliman. 11 0. Bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa mencetuskan kegelisahan dalam hati mereka, sehingga mereka mati lalu hati hancur luluh disebabkan kematian. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)