Tafsir Surah

9At-Taubah - التوبة

Ayat ke-118

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَّعَلَى الثَّلٰثَةِ الَّذِيْنَ خُلِّفُوْاۗ حَتّٰٓى اِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْاَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ اَنْفُسُهُمْ وَظَنُّوْٓا اَنْ لَّا مَلْجَاَ مِنَ اللّٰهِ اِلَّآ اِلَيْهِۗ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوْبُوْاۗ اِنَّ اللّٰهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ ࣖ 118

Begitu juga terhadap tiga orang yang tidak menyertai jihad bersama Rasulullah SAW sehinggakan bumi yang luas ini terasa sempit oleh mereka kerana dipulau. Hati mereka juga berasa sempit kerana menanggung dukacita, serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari daripada kemurkaan Allah melainkan dengan kembali bertaubat kepada-Nya. Kemudian Allah menerima taubat mereka supaya mereka sentiasa bertaubat kepada-Nya dengan tidak mengulangi kesalahan mereka. Sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)