Tafsir Surah

9At-Taubah - التوبة

Ayat ke-25

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّٰهُ فِيْ مَوَاطِنَ كَثِيْرَةٍۙ وَّيَوْمَ حُنَيْنٍۙ اِذْ اَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْـًٔا وَّضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْاَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُّدْبِرِيْنَۚ25

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak peperangan. Begitu juga di medan Perang Hunain; iaitu ketika kamu terpesona dengan bilangan kamu yang ramai, namun ia tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun lalu kamu mengalami kekalahan, sementara kamu merasakan bumi yang luas itu menjadi sempit, kemudian kamu berundur melarikan diri.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)