Tafsir Surah

9At-Taubah - التوبة

Ayat ke-40

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِلَّا تَنْصُرُوْهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّٰهُ اِذْ اَخْرَجَهُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا ثَانِيَ اثْنَيْنِ اِذْ هُمَا فِى الْغَارِ اِذْ يَقُوْلُ لِصَاحِبِهٖ لَا تَحْزَنْ اِنَّ اللّٰهَ مَعَنَاۚ فَاَنْزَلَ اللّٰهُ سَكِيْنَتَهٗ عَلَيْهِ وَاَيَّدَهٗ بِجُنُوْدٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِيْنَ كَفَرُوا السُّفْلٰىۗ وَكَلِمَةُ اللّٰهِ هِيَ الْعُلْيَاۗ وَاللّٰهُ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ 40

Jika kamu tidak menolong Nabi Muhammad, maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya; iaitu ketika kaum kafir mengusirnya dari Makkah dalam keadaan Baginda ketika itu hanya berdua dan ketika mereka berdua berlindung di dalam gua, Baginda berkata kepada sahabatnya Abu Bakar al-Siddiq RA, “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada Baginda dan menguatkannya dengan bantuan tentera malaikat yang kamu tidak dapat melihatnya. Allah juga menjadikan urusan dan seruan orang kafir itu hina manakala Kalimah Allah itulah yang tertinggi. Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)