لَقَدِ ابْتَغَوُا الْفِتْنَةَ مِنْ قَبْلُ وَقَلَّبُوْا لَكَ الْاُمُوْرَ حَتّٰى جَاۤءَ الْحَقُّ وَظَهَرَ اَمْرُ اللّٰهِ وَهُمْ كٰرِهُوْنَ 48
Sesungguhnya, semenjak dahulu lagi mereka telah berusaha menimbulkan fitnah perpecahan dan merancang pelbagai tipu daya terhadapmu wahai Nabi Muhammad, sehinggalah datangnya pertolongan Allah lalu terzahir kemenangan agama Allah, sedang mereka tidak menyukainya.