Tafsir Surah

9At-Taubah - التوبة

Ayat ke-69

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

كَالَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَانُوْٓا اَشَدَّ مِنْكُمْ قُوَّةً وَّاَكْثَرَ اَمْوَالًا وَّاَوْلَادًاۗ فَاسْتَمْتَعُوْا بِخَلَاقِهِمْ فَاسْتَمْتَعْتُمْ بِخَلَاقِكُمْ كَمَا اسْتَمْتَعَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ بِخَلَاقِهِمْ وَخُضْتُمْ كَالَّذِيْ خَاضُوْاۗ اُولٰۤىِٕكَ حَبِطَتْ اَعْمَالُهُمْ فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ ۚوَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْخٰسِرُوْنَ 69

Keadaan kamu wahai orang munafik adalah sama dengan orang sebelum kamu yang telah dibinasakan. Mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak berbanding kamu. Mereka telah menikmati bahagian mereka dan kamu juga telah menikmati bahagian kamu sebagaimana mereka yang sebelum kamu itu menikmati bahagiannya. Kamu pula telah memperkatakan perkara yang salah dan dusta sebagaimana yang mereka perkatakan dahulu. Mereka yang bersifat sedemikian, segala amalan mereka di dunia dan di akhirat telah menjadi sia-sia dan mereka juga orang yang rugi.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)