Tafsir Surah

9At-Taubah - التوبة

Ayat ke-70

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَاُ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ قَوْمِ نُوْحٍ وَّعَادٍ وَّثَمُوْدَ ەۙ وَقَوْمِ اِبْرٰهِيْمَ وَاَصْحٰبِ مَدْيَنَ وَالْمُؤْتَفِكٰتِۗ اَتَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنٰتِۚ فَمَا كَانَ اللّٰهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلٰكِنْ كَانُوْٓا اَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُوْنَ70

Bukankah telah datang kepada mereka berita orang yang terdahulu daripada mereka; iaitu kaum Nabi Nuh, kaum 'Ad, kaum Thamud, kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri yang telah diterbalikkan iaitu kaum Nabi Lut? Kesemua kaum ini telah didatangi oleh para rasul dengan membawa keterangan yang jelas, namun mereka tetap mendustakannya lalu mereka ditimpakan azab. Allah tidak sekali-kal i menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri mereka sendiri.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)