Tafsir Surah

9At-Taubah - التوبة

Ayat ke-74

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يَحْلِفُوْنَ بِاللّٰهِ مَا قَالُوْا ۗوَلَقَدْ قَالُوْا كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُوْا بَعْدَ اِسْلَامِهِمْ وَهَمُّوْا بِمَا لَمْ يَنَالُوْاۚ وَمَا نَقَمُوْٓا اِلَّآ اَنْ اَغْنٰىهُمُ اللّٰهُ وَرَسُوْلُهٗ مِنْ فَضْلِهٖ ۚفَاِنْ يَّتُوْبُوْا يَكُ خَيْرًا لَّهُمْ ۚوَاِنْ يَّتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللّٰهُ عَذَابًا اَلِيْمًا فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ ۚوَمَا لَهُمْ فِى الْاَرْضِ مِنْ وَّلِيٍّ وَّلَا نَصِيْرٍ 74

Mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak mengatakan sesuatu yang buruk terhadapmu, padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan yang kufur itu, lalu terzahirlah kekufuran mereka setelah dahulunya mereka menzahirkan keislaman. Mereka juga ingin melakukan sesuatu yang mereka tidak dapat mencapainya iaitu membunuh dirimu. Mereka tidak mencaci dan mencela Islam melainkan kerana kufur dengan nikmat walaupun setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka daripada kumiaan-Nya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; sebaliknya jika mereka berpaling, Allah akan menyeksa mereka dengan azab yang sangat pedih di dunia dan di akhirat; serta mereka tidak akan mendapati sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga penolong.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)