فَرِحَ الْمُخَلَّفُوْنَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلٰفَ رَسُوْلِ اللّٰهِ وَكَرِهُوْٓا اَنْ يُّجَاهِدُوْا بِاَمْوَالِهِمْ وَاَنْفُسِهِمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَقَالُوْا لَا تَنْفِرُوْا فِى الْحَرِّۗ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ اَشَدُّ حَرًّاۗ لَوْ كَانُوْا يَفْقَهُوْنَ 81
Golongan munafik yang tidak ikut berperang itu gembira berada di Madinah sepeninggalan Rasulullah keluar berperang. Mereka sememangnya tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, bahkan mereka menghasut pula orang lain dengan berkata, “Janganlah kamu keluar berperang pada musim panas ini.” Katakanlah wahai Muhammad, “Api Neraka Jahannam itu lebih panas membakar daripada kepanasan dunia ini,” kalaulah sahaja mereka mengetahuinya.