Tafsir Surah

9At-Taubah - التوبة

Ayat ke-94

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يَعْتَذِرُوْنَ اِلَيْكُمْ اِذَا رَجَعْتُمْ اِلَيْهِمْ ۗ قُلْ لَّا تَعْتَذِرُوْا لَنْ نُّؤْمِنَ لَكُمْ قَدْ نَبَّاَنَا اللّٰهُ مِنْ اَخْبَارِكُمْ وَسَيَرَى اللّٰهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُوْلُهٗ ثُمَّ تُرَدُّوْنَ اِلٰى عٰلِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ94

Golongan munafik yang tidak turut serta dalam peperangan itu akan memberikan alasan keuzuran kepada kamu apabila kamu kembali kepada mereka dari medan peperangan. Katakanlah wahai Muhammad, “Janganlah kamu memberikan alasan uzur lagi, kami sama sekali tidak akan percaya kepada kamu, kerana sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada kami berita-berita tentang kamu; dan Allah serta Rasul-Nya akan melihat perbuatan kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui tentang perkara-perkara ghaib dan nyata, lalu Dia akan menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)