وَمِنَ الْاَعْرَابِ مَنْ يُّؤْمِنُ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَيَتَّخِذُ مَا يُنْفِقُ قُرُبٰتٍ عِنْدَ اللّٰهِ وَصَلَوٰتِ الرَّسُوْلِ ۗ اَلَآ اِنَّهَا قُرْبَةٌ لَّهُمْ ۗ سَيُدْخِلُهُمُ اللّٰهُ فِيْ رَحْمَتِهٖ ۗاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ ࣖ99
Dan ada sebahagian daripada orang Arab Badwi itu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka menjadikan apa yang dibelanjakan pada jalan Allah itu sebagai amalan yang mendekatkan diri mereka kepada Allah, dan juga sebagai sebab untuk mendapat doa kebaikan daripada Rasulullah. Ketahuilah, segala apa yang mereka belanjakan itu ialah suatu yang mendekatkan mereka kepada Allah. Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.