Surah

90Al-Balad - البلد

20 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

لَآ اُقْسِمُ بِهٰذَا الْبَلَدِۙ1

Aku bersumpah dengan negeri ini iaitu Makkah.

وَاَنْتَ حِلٌّۢ بِهٰذَا الْبَلَدِۙ2

Dan Engkau tinggal di negeri ini dengan bebas.

وَوَالِدٍ وَّمَا وَلَدَۙ3

Demi bapa dan zuriat keturunannya.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ فِيْ كَبَدٍۗ4

Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dalam keadaan dirinya berada dalam susah payah.

اَيَحْسَبُ اَنْ لَّنْ يَّقْدِرَ عَلَيْهِ اَحَدٌ ۘ5

Adakah dia menyangka tiada sesiapa pun yang dapat menguasainya?

يَقُوْلُ اَهْلَكْتُ مَالًا لُّبَدًاۗ6

Diaberkata, “Akutelahmembelanjakan harta yang banyak.”

اَيَحْسَبُ اَنْ لَّمْ يَرَهٗٓ اَحَدٌۗ7

Adakah dia menyangka bahawa tiada sesiapa pun yang melihatnya?

اَلَمْ نَجْعَلْ لَّهٗ عَيْنَيْنِۙ8

Bukankah kami telah jadikan baginya sepasang mata?

وَلِسَانًا وَّشَفَتَيْنِۙ9

Juga lidah dan sepasang bibir.

وَهَدَيْنٰهُ النَّجْدَيْنِۙ10

Kami tunjukkannya dua jalan; kebaikan dan kejahatan.

فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ ۖ11

Maka mengapa tidak dia melanggar halangan yang menghalangnya dari syurga.

وَمَآ اَدْرٰىكَ مَا الْعَقَبَةُ ۗ12

Adakah engkau tahu apa itu halangan tersebut?

فَكُّ رَقَبَةٍۙ13

la adalah memerdekakan hamba.

اَوْ اِطْعَامٌ فِيْ يَوْمٍ ذِيْ مَسْغَبَةٍۙ14

Atau memberi makan pada hari berlakunya kebuluran.

يَّتِيْمًا ذَا مَقْرَبَةٍۙ15

Kepada anak yatim yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

اَوْ مِسْكِيْنًا ذَا مَتْرَبَةٍۗ16

Atau orang miskin yang berlantaikan tanah.

ثُمَّ كَانَ مِنَ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةِۗ17

Kemudian dia hendaklah menjadi dalam kalangan orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan kesabaran serta berpesan-pesan dengan kerahmatan sesama makhluk.

اُولٰۤىِٕكَ اَصْحٰبُ الْمَيْمَنَةِۗ18

Mereka ialah orang-orang yang akan dibawa ke sebelah kanan iaitu ke syurga.

وَالَّذِيْنَ كَفَرُوْا بِاٰيٰتِنَا هُمْ اَصْحٰبُ الْمَشْئَمَةِۗ19

Orang-orang yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami pula, mereka ialah orang-orang yang dibawa ke sebelah kiri iaitu ke neraka.

عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌ ࣖ20

Bagi mereka ada neraka yang tertutup rapat.