Tafsir Surah

90Al-Balad - البلد

Ayat ke-1

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَآ اُقْسِمُ بِهٰذَا الْبَلَدِۙ1

Aku bersumpah dengan negeri ini iaitu Makkah.

Tafsir Terjemahan

Surah ini membentangkan tentang gambaran keadaan dan jiwa manusia yang pelbagai. Ada yang kepenatan melakukan kekufuran serta mendapat azab. la turut menampilkan gambaran kepayahan manusia mendaki tangga rahmat serta iman di dunia dan akhirat. Surah ini mempunyai matlamat mengingatkan manusia agar tidak tertipu dengan kelebihan yang ada pada mereka sehingga mereka menolak kebenaran dan mendustakan apa yang dibawa para nabi dan rasul.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)