Surah

91Asy-Syams - الشمس

15 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالشَّمْسِ وَضُحٰىهَاۖ1

Demi matahari dan waktu Dhuhanya tatkala ia mengeluarkan cahayanya

وَالْقَمَرِ اِذَا تَلٰىهَاۖ2

Demi bulan yang datang selepasnya.

وَالنَّهَارِ اِذَا جَلّٰىهَاۖ3

Demi siang yang memperlihatkan bumi dengan jelas.

وَالَّيْلِ اِذَا يَغْشٰىهَاۖ4

Demi malam yang menutupi bumi dan menjadikannya gelap.

وَالسَّمَاۤءِ وَمَا بَنٰىهَاۖ5

Demi langit dan binaannya yang kukuh.

وَالْاَرْضِ وَمَا طَحٰىهَاۖ6

Demi bumi dan hamparannya yang luas.

وَنَفْسٍ وَّمَا سَوّٰىهَاۖ7

Demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna.

فَاَلْهَمَهَا فُجُوْرَهَا وَتَقْوٰىهَاۖ8

Allah memberi ilham kepada jiwa jalan keburukan dan jalan ketakwaan.

قَدْ اَفْلَحَ مَنْ زَكّٰىهَاۖ9

Sesungguhnya telah berjaya orang yang menyucikannya.

وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسّٰىهَاۗ10

Rugilah pula orang yang mengotorkannya.

كَذَّبَتْ ثَمُوْدُ بِطَغْوٰىهَآ ۖ11

Kaum Thamud telah mengingkari rasul mereka disebabkan kelakuan mereka yang melampaui batas.

اِذِ انْۢبَعَثَ اَشْقٰىهَاۖ12

Ketika mana orang yang paling celaka dalam kalangan kaum itu dihantar untuk membunuh unta.

فَقَالَ لَهُمْ رَسُوْلُ اللّٰهِ نَاقَةَ اللّٰهِ وَسُقْيٰهَاۗ13

Maka rasul utusan Allah berkata, “Biarkan unta Allah ini dan minumannya.”

فَكَذَّبُوْهُ فَعَقَرُوْهَاۖ فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْۢبِهِمْ فَسَوّٰىهَاۖ14

Mereka mengingkari rasul mereka lalu menyembelih unta tersebut. Lantas Tuhan menimpakan azab ke atas mereka disebabkan oleh dosa mereka lalu mereka menjadi rata bersama tanah.

وَلَا يَخَافُ عُقْبٰهَا ࣖ15

Allah tidak takut akan kesan dan kesudahan azab yang Dia berikan.