Surah

92Al-Lail - الّيل

21 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالَّيْلِ اِذَا يَغْشٰىۙ1

Demi malam apabila ia menutupi dengan kegelapannya.

وَالنَّهَارِ اِذَا تَجَلّٰىۙ2

Demi siang yang terang menampakkan dirinya.

وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالْاُنْثٰىٓ ۙ3

Demi lelaki dan perempuan yang Allah ciptakan.

اِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتّٰىۗ4

Sesungguhnya usaha kamu dalam pelbagai keadaannya.

فَاَمَّا مَنْ اَعْطٰى وَاتَّقٰىۙ5

Adapun yang memberi dan bertakwa.

وَصَدَّقَ بِالْحُسْنٰىۙ6

Dan dia mengakui adanya syurga sebagai ganjaran kebaikan.

فَسَنُيَسِّرُهٗ لِلْيُسْرٰىۗ7

Maka Kami akan mudahkannya ke arah kesenangan dan kebaikan.

وَاَمَّا مَنْۢ بَخِلَ وَاسْتَغْنٰىۙ8

Manakala yang bakhil dan merasakan dengan hartanya dia tidak berhajat kepada Allah.

وَكَذَّبَ بِالْحُسْنٰىۙ9

Lalu dia mengingkari adanya syurga sebagai ganjaran kebaikan.

فَسَنُيَسِّرُهٗ لِلْعُسْرٰىۗ10

Kami akan memudahkannya ke arah kesusahan neraka.

وَمَا يُغْنِيْ عَنْهُ مَالُهٗٓ اِذَا تَرَدّٰىٓۙ11

Hartanya tidak berguna baginya apabila dia tergelincir ke dalam neraka.

اِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدٰىۖ12

Sesungguhnya tanggungjawab Kami untuk menunjukkan jalan kebenaran.

وَاِنَّ لَنَا لَلْاٰخِرَةَ وَالْاُوْلٰىۗ13

Sesungguhnya juga Kami yang memiliki kehidupan akhirat dan kehidupan dunia.

فَاَنْذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظّٰىۚ14

Lalu Kami peringatkan kalian akan neraka yang sifatnya membakar dan terus membakar.

لَا يَصْلٰىهَآ اِلَّا الْاَشْقَىۙ15

Tidak akan merasai bakarannya melainkan orang yang paling celaka.

الَّذِيْ كَذَّبَ وَتَوَلّٰىۗ16

laitu orang yang mengingkari dan berpaling daripada kebenaran.

وَسَيُجَنَّبُهَا الْاَتْقَىۙ17

Orang yang paling bertakwa akan dijauhkan daripada neraka tersebut.

الَّذِيْ يُؤْتِيْ مَالَهٗ يَتَزَكّٰىۚ18

laitu orang yang menginfakkan hartanya untuk menyucikan diri dan harta bendanya.

وَمَا لِاَحَدٍ عِنْدَهٗ مِنْ نِّعْمَةٍ تُجْزٰىٓۙ19

Dia tidak melakukannya kerana membalas budi sesiapa.

اِلَّا ابْتِغَاۤءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْاَعْلٰىۚ20

Melainkan semata-mata mengharapkan wajah Tuhannya Yang Maha Tinggi.

وَلَسَوْفَ يَرْضٰى ࣖ21

Dia pasti akan redha dengan apa yang diberikan Tuhan kepadanya.