Surah

93Ad-Duha - الضحى

11 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالضُّحٰىۙ1

Demi waktu Dhuha di permulaan siang.

وَالَّيْلِ اِذَا سَجٰىۙ2

Demi malam apabila ia sunyi sepi.

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلٰىۗ3

Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu dan tidak pernah membencimu.

وَلَلْاٰخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْاُوْلٰىۗ4

Pastinya akhirat itu lebih baik buatmu berbanding dunia.

وَلَسَوْفَ يُعْطِيْكَ رَبُّكَ فَتَرْضٰىۗ5

Tuhanmu pasti akan memberikanmu pemberian-pemberian sehingga engkau redha.

اَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيْمًا فَاٰوٰىۖ6

Bukankah Dia menemuimu dalam keadaan yatim lalu Dia berikanmu perlindungan?

وَوَجَدَكَ ضَاۤلًّا فَهَدٰىۖ7

Bukankah Dia menemuimu dalam keadaan tidak tahu hala tuju, lalu Dia berikanmu petunjuk?

وَوَجَدَكَ عَاۤىِٕلًا فَاَغْنٰىۗ8

Bukankah Dia menemuimu dalam keadaan miskin lalu Dia berikanmu kekayaan?

فَاَمَّا الْيَتِيْمَ فَلَا تَقْهَرْۗ9

Oleh itu janganlah engkau berkasar dengan anak yatim.

وَاَمَّا السَّاۤىِٕلَ فَلَا تَنْهَرْ10

Mahupun dengan orang yang meminta, janganlah engkau mengherdiknya.

وَاَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ࣖ11

Manakala dengan nikmat Tuhanmu, maka sentiasalah engkau enyebutnya.