Surah

95At-Tin - التين

8 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالتِّيْنِ وَالزَّيْتُوْنِۙ1

Demi buah tin dan zaitun

وَطُوْرِ سِيْنِيْنَۙ2

Demi Bukit Tursina.

وَهٰذَا الْبَلَدِ الْاَمِيْنِۙ3

Demi negeri Makkah yang aman ini.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ فِيْٓ اَحْسَنِ تَقْوِيْمٍۖ4

Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam sebaik-sebaik bentuk kejadian.

ثُمَّ رَدَدْنٰهُ اَسْفَلَ سَافِلِيْنَۙ5

Kemudian Kami tolaknya ke tempat yang paling bawah serendah-rendahnya

اِلَّا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَلَهُمْ اَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُوْنٍۗ6

Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka ganjaran yang tidak terputus

فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّيْنِۗ7

Maka selepas itu, apa yang menyebabkan mereka mengingkarimu mengenai hari kiamat.

اَلَيْسَ اللّٰهُ بِاَحْكَمِ الْحٰكِمِيْنَ ࣖ8

Bukankah Allah sebaik-baik pemberi hukum?