Surah

96Al-'Alaq - العلق

19 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَۚ1

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta.

خَلَقَ الْاِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍۚ2

Dia mencipta manusia daripada gumpalan darah.

اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الْاَكْرَمُۙ3

Bacalah dan Tuhanmu adalah yang paling pemurah.

الَّذِيْ عَلَّمَ بِالْقَلَمِۙ4

Tuhan yang mengajar melalui pena.

عَلَّمَ الْاِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْۗ5

Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

كَلَّآ اِنَّ الْاِنْسَانَ لَيَطْغٰىٓ ۙ6

Jangan sama sekali kufur kepada-Nya. Sesungguhnya manusia itu amat melampaui batas.

اَنْ رَّاٰهُ اسْتَغْنٰىۗ7

laitu yang melihat dirinya sudah serba cukup dengan harta kekayaannya.

اِنَّ اِلٰى رَبِّكَ الرُّجْعٰىۗ8

Sesungguhnya kepada Tuhanmu tempat kembali. Orang yang melampaui batas dan janji buruk kepada mereka

اَرَاَيْتَ الَّذِيْ يَنْهٰىۙ9

Adakah engkau melihat orang yang menghalang.

عَبْدًا اِذَا صَلّٰىۗ10

Seorang hamba Allah apabila dia ingin solat?

اَرَاَيْتَ اِنْ كَانَ عَلَى الْهُدٰىٓۙ11

Adakah engkau tahu bahawa orang yang dihalang itu berada dalam petunjuk?

اَوْ اَمَرَ بِالتَّقْوٰىۗ12

Atau dia mengajak ke arah takwa?

اَرَاَيْتَ اِنْ كَذَّبَ وَتَوَلّٰىۗ13

Adakah engkau melihat kepada orang yang ingkar dan berpaling daripada kebenaran?

اَلَمْ يَعْلَمْ بِاَنَّ اللّٰهَ يَرٰىۗ14

Adakah dia tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat?

كَلَّا لَىِٕنْ لَّمْ يَنْتَهِ ەۙ لَنَسْفَعًاۢ بِالنَّاصِيَةِۙ15

Dia tidak tahu sama sekali. Jika dia tidak menghentikan perbuatannya, nescaya Kami akan menarik ubunubunnya dan menyeretnya ke neraka.

نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍۚ16

Ubun-ubun orang yang menipu dan melakukan kesalahan.

فَلْيَدْعُ نَادِيَهٗۙ17

Biarkan dia memanggil koncokonconya.

سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَۙ18

Kami akan panggil Zabaniyah tukang seksa ahli neraka.

كَلَّاۗ لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ ۩ ࣖ19

Tidak sama sekali mereka akan mengalahkan malaikat Kami. Janganlah engkau taat padanya dan sujudlah serta dekatkanlah diri kepada Tuhanmu.