Surah

98Al-Bayyinah - البيّنة

8 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

لَمْ يَكُنِ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ اَهْلِ الْكِتٰبِ وَالْمُشْرِكِيْنَ مُنْفَكِّيْنَ حَتّٰى تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُۙ1

Orang kafir dalam kalangan ahli kitab dan orang-orang yang mensyirikkan Allah tidak akan meninggalkan kepercayaan mereka sehinggalah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata.

رَسُوْلٌ مِّنَ اللّٰهِ يَتْلُوْا صُحُفًا مُّطَهَّرَةًۙ2

laitu rasul utusan daripada Allah yang membaca lembaran-lembaran yang disucikan dan terpelihara.

فِيْهَا كُتُبٌ قَيِّمَةٌ ۗ3

Di dalamnya ada kitab-kitab yang kukuh dan amat berharga isi kandungannya.

وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ اِلَّا مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَتْهُمُ الْبَيِّنَةُ ۗ4

Tidak pula orang-orang yang diberi kitab iaitu Yahudi dan Nasrani berpecah melainkan setelah datang bukti yang jelas iaitu Muhammad Rasulullah.

وَمَآ اُمِرُوْٓا اِلَّا لِيَعْبُدُوا اللّٰهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ ەۙ حُنَفَاۤءَ وَيُقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَيُؤْتُوا الزَّكٰوةَ وَذٰلِكَ دِيْنُ الْقَيِّمَةِۗ5

Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan diri dalam beragama. Lurus dan bersih daripada kekufuran dan kesyirikan. Mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. ltulah agama yang kukuh dan bernilai.

اِنَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ اَهْلِ الْكِتٰبِ وَالْمُشْرِكِيْنَ فِيْ نَارِ جَهَنَّمَ خٰلِدِيْنَ فِيْهَاۗ اُولٰۤىِٕكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِۗ6

Sesungguhnya orang yang kufur dalam kalangan ahli kitab dan orangorang yang mensyirikkan Allah di dalam Neraka Jahannam, mereka ialah seburuk-buruk makhluk.

اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ اُولٰۤىِٕكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِۗ7

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka ialah sebaikbaik makhluk.

جَزَاۤؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنّٰتُ عَدْنٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَآ اَبَدًا ۗرَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ ۗ ذٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهٗ ࣖ8

Ganjaran bagi mereka di sisi Tuhan mereka adalah Syurga 'Adn yang penuh keindahan. Mereka kekal di dalamnya selamanya. Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Yang demikian itu hanya untuk sesiapa yang takut pada Tuhannya.