Surah

99Az-Zalzalah - الزلزلة

8 Ayat

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اِذَا زُلْزِلَتِ الْاَرْضُ زِلْزَالَهَاۙ1

Apabila digegarkan bumi dengan sedahsyat-dahsyatnya.

وَاَخْرَجَتِ الْاَرْضُ اَثْقَالَهَاۙ2

Bumi pun mengeluarkan apa yang dikandungnya.

وَقَالَ الْاِنْسَانُ مَا لَهَاۚ3

Manusia berkata, “Apa yang terjadi pada bumi?”

يَوْمَىِٕذٍ تُحَدِّثُ اَخْبَارَهَاۙ4

Pada hari tersebut bumi menceritakan kisahnya

بِاَنَّ رَبَّكَ اَوْحٰى لَهَاۗ5

Bahawa Tuhannya telah mewahyukan kepadanya.

يَوْمَىِٕذٍ يَّصْدُرُ النَّاسُ اَشْتَاتًا ەۙ لِّيُرَوْا اَعْمَالَهُمْۗ6

. Pada hari tersebut, manusia keluar daripada kubur-kubur dalam pelbagai kumpulan untuk melihat amalan mereka.

فَمَنْ يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَّرَهٗۚ7

Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun seberat zarah, maka dia akan melihatnya.

وَمَنْ يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَّرَهٗ ࣖ8

Sesiapa yang melakukan kejahatan walaupun seberat zarah, maka dia akan melihatnya.